Tazkirah buat diriku yang sering alpa

jangan biar nafsu menguasai jiwa....

Kisah diriku....

Aku hanyalah insan biasa yg telah dihidupkan oleh Allah untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini. Sebagai seorang hamba-Nya, aku hanyalah insan yang kerdil, yang sentiasa mengharapkan kasih sayang Allah untuk meneruskan kelangsungan hidupku hingga ke akhir hayat.

Seorang hamba, telah ditentukan Qada' & Qadarnya sejak azali lagi. Ada yang mampu di ubah dengan doa & ada yang tetap. Allahu Akbar, apakah agaknya yang telah ditakdirkan untukku? Moga-moga hidupku berakhir dengan Husnul-Khatimah, pengakhiran yang baik.

Seorang hamba, hidup disulami suka & duka. Silih berganti. Kadang2 duka sampai tak tertanggung rasa di dada, sebak, sedih semua ada.
Tapi bagiku, sedih memang sedih, namun bagiku "لا تخف ولا تحزن ان الله معنا
Itulah kata-kata yang selalu aku pegang. "Sesungguhnya Allah bersama kita...

Kisah diriku....

Bila KEJAYAAN datang

Bila kejayaan datang, jangan lupa kepada pemberi KEJAYAAN.
Bila kejayaan datang, jangan lupa untuk mensukurinya
Bila kejayaan datang, jangan lupa menghargainya

Jangan sampai KEJAYAAN itu di ambil semula oleh pemilik KEJAYAAN.
Barulah diri bungkam, kelu, tidak terkata...

MAKANlah makanan yang HALAL lagi BAIK

Siapakan kita??? Kita adalah manusia yang terdiri daripada dua unsur iaitu RUHANI dan JASMANI. Keduanya saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-duanya juga perlukan makanan untuk terus hidup dengan sebaiknya.

Apakah makanan JASMANI? Apa-apa sahaja yang yang kita makan setiap hari itulah makanan jasmani.

Apakah makanan RUHANI? Segala pengabdiaan kita kepada Allah itulah makanan Ruhani....ayat-ayat Al-Quran yang di alunkan, zikir-zikir untuk mengingati Allah dan sebagainya.

Adakah Jasmani dan Ruhani berkait? Semestinya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Jika makanan yang kita makan daripada sumber yang halal,tentunya akan memberikan kesan kepada RUHANI. Makanan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya menjadi sebahagian daripada diri insan. Insan tersebut akan menjadi insan yang soleh kerana tubuhnya terdiri daripada unsur-unsur yang baik.

Insan tersebut akan senang untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang insan....hati dan jiwanya akan bersih, senang untuk menerima perkara baik, takut untuk melakukan perkara mungkar. Hidup dan matinya hanyalah kerana Allah.

Cuba kita perhatikan persekitaran kita....bagaimana keadaannya dengan orang yang tidak menjaga makan minumnya? Tidak berkira soal halal dan haram, yang dikiranya hanyalah sedap @ tidak. Hatinya akan keras. sukar menerima perkara baik, sukar untuk melakukan suruhan Allah.

Hati....jika menjadi keras, sukar untuk dilembutkan lagi. Hati yang keras tidak seperti kerak nasi yang masih boleh menjadi lembut jika direndam di dalam air. Orang yang keras hati hanya akan mengiyakan pendapatnya sahaja tanpa mengira betul @ salah.

Justeru itu, jagalah hati dengan cara menjaga pemakanan. Makanlah makanan yang halal lagi baik untuk kesejahteraan dunia dan akhirat...dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi.

Masa senang sebelum masa susah

Masa senang buatlah apa saja yang dikehendaki selagi tidak bercanggah dengan kehendak syarak. ..kerana setiap manusia ada nafsunya...lelaki 1 nafsu, perempuaa 9 nafsu. ..buatlah apa pun, asal jangan melampaui batas.

.....kerana bila datang waktu susah tiada apa dapat dibuat. Dada terasa sempit dek masalah yang menghimpit.

Pabila sakit, ingatlah kesalahan kita..

Apabila sakit datang menjengah, badan terasa amat perit sekali. Roh juga turut terasa kesannya. Segala yang dilakukan serba tidak kena. Bangun salah, berdiri pun salah.

Ingatkan, sakit mungkin kifarah Allah kepada kita, agar kita segera kembali kepadaNya. Ianya tanda kasih sayang Allah agar kita tidak terus terleka dengan ulitan dunia yang serba menggoda.

Ingatlah, apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Berbuat pahala @ mengumpul dosa??? Cuba kita imbas kembali, kenapa kita dilahirkan ke dunia? sekadar untuk berbuat dosa @ mengumpul pahala utk ke alam kekal abadi???

Sanggupkah disebabkan kelalaian kita & kealpaan kita menikmati dunia yang serba menggoda ini, nnti kita menjadi bahan bakar api neraka?? mampukah kita menahan kepanansannya?? mampukah kita menahan kesakitannya??

Bertaubatlah sebelum kita dipanggil mengadapNya......

Aku adalah aku.....

Aku adalah aku...aku tidak mampu mengubah diriku menjadi orang lain..Jika Allah telah kurniakan rupaku, wajahku, sifatku begitu, maka itulah aku....tidak mampu aku menjadi orang lain walaupun jika diberi pilihan aku mahu sedemikian.

Perjalanan hidupku telah ditetapkan sejak dari azali lagi. Apabila lahir sahaja anak Adam, maka Allah telah menentukan perjalanan hidupnya. Hanya dengan doa sahaja mampu merubah segala yang tersurat.....

hit counter
Get a hit counter here.

Islamic Clock

Followers

About Me

My photo
Hidup ini terlalu indah utk disia siakan.....