Tazkirah buat diriku yang sering alpa

jangan biar nafsu menguasai jiwa....

MAKANlah makanan yang HALAL lagi BAIK

Siapakan kita??? Kita adalah manusia yang terdiri daripada dua unsur iaitu RUHANI dan JASMANI. Keduanya saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-duanya juga perlukan makanan untuk terus hidup dengan sebaiknya.

Apakah makanan JASMANI? Apa-apa sahaja yang yang kita makan setiap hari itulah makanan jasmani.

Apakah makanan RUHANI? Segala pengabdiaan kita kepada Allah itulah makanan Ruhani....ayat-ayat Al-Quran yang di alunkan, zikir-zikir untuk mengingati Allah dan sebagainya.

Adakah Jasmani dan Ruhani berkait? Semestinya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Jika makanan yang kita makan daripada sumber yang halal,tentunya akan memberikan kesan kepada RUHANI. Makanan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya menjadi sebahagian daripada diri insan. Insan tersebut akan menjadi insan yang soleh kerana tubuhnya terdiri daripada unsur-unsur yang baik.

Insan tersebut akan senang untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang insan....hati dan jiwanya akan bersih, senang untuk menerima perkara baik, takut untuk melakukan perkara mungkar. Hidup dan matinya hanyalah kerana Allah.

Cuba kita perhatikan persekitaran kita....bagaimana keadaannya dengan orang yang tidak menjaga makan minumnya? Tidak berkira soal halal dan haram, yang dikiranya hanyalah sedap @ tidak. Hatinya akan keras. sukar menerima perkara baik, sukar untuk melakukan suruhan Allah.

Hati....jika menjadi keras, sukar untuk dilembutkan lagi. Hati yang keras tidak seperti kerak nasi yang masih boleh menjadi lembut jika direndam di dalam air. Orang yang keras hati hanya akan mengiyakan pendapatnya sahaja tanpa mengira betul @ salah.

Justeru itu, jagalah hati dengan cara menjaga pemakanan. Makanlah makanan yang halal lagi baik untuk kesejahteraan dunia dan akhirat...dunia hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi.

hit counter
Get a hit counter here.

Islamic Clock

Followers

About Me

My photo
Hidup ini terlalu indah utk disia siakan.....